Senin, 28 Januari 2013

FOTO-FOTO KUNAK ( TAHUN 1909 ) SAMPAI SEKARANG

Berikut adalah dua foto kawasan perairan daerah Kunak dan beberapa gugusan Pulau di sekitarnya yang dirakam lebih 100 tahun yang lalu.
Pada pendapat penulis, barangkali hanya ini sahaja foto yang terawal yang pernah dirakamkan oleh pihak North Borneo Chartered Company pada ketika itu, ini disebabkan adalah agak mustahil foto-foto lain dapat dirakamkan kerana kawasan darat Kunak pada ketika itu masih diliputi oleh hutan belantara yang tebal dan potensinya sebagai tapak pertanian yang subur juga belum dihidu oleh mereka.

Mostyn (nama Kunak dulu) hanya diterokai bermula tahun 1930an untuk tujuan tanaman Tembakau.
Sumber : The National Archive , UK.



Terbahagi kepada tiga buah perkampungan yang utama iaitu Kg. Kunak Jaya Laut, Kg. Sri Bayu dan Kg. Buang Sayang. Kini kawasan Kampung Kunak Jaya mengalami pembangunan yang amat pesat dek kerana menjadi tumpuan industri Minyak Sawit, Perkayuan dan Rumpai Laut.

Disamping itu juga kawasan pesisir pantai juga menjadi pusat penternakan ikan yang utama disamping sebuah kawasan pantai yang amat digemari oleh masyarakat setempat untuk berkelah, iaitu Pantai Buang Sayang.

P/S : orang Kunak Jaya kasih tambah info ya......



Sumber Photo : Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (Sabah)

Ini adalah photo pesisiran pantai yang utama di Daerah Kunak, Sabah. Photo ini telah diambil dari udara oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Perancangan Bandar dan wilayah negeri Sabah pada tahun 2005 yang lalu.


P/S : Carik kamu mana rumah si uyung......
Pagi minggu pigi manyallam rombengan


Singgah sebentar di tepi jalan menjahit kasut


Mamakku pesan jangan lupa beli sayur sama Panggik kayu buat tompek


Dairek pigi beli mee tauhu tullul sambil bejalan makan aiskrim si angkol


Oh Daerahku aromamu amat ku rinduai....



Para nelayan yang baru sampai dari laut sedang memunggah hasil tangkapan di Jeti pendaratan ikan Kg. Pangkalan Kunak. Dengan kepelbagaian hasil tangkapan yang diraih, sudah cukup menggambarkan bahawa perairan Daerah Kunak sememangnya kaya dengan sumber hidupan marin.


P/S : Saya dengan ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pengunjung semuakunak.blogspot.com walau dimana pun anda beraada......
Pandangan dari udara sebelah tenggara



Pandangan dari udara sebelah selatan Kg. Pangi


Credit to Photographer : Musli Sappan





Water Village children enjoying an evening dips @ Kampung Bagiang Kunak with a cargo ship at the background.


High Tide at Kampung Bagiang Water Village, Kunak.

CREDIT TO PHOTOGRAPHER : DAVID NG
Simpang ke Ladang Giram

Giram Estate adalah antara ladang pertanian yang terawal dibuka di kawasan Daerah Kunak. Majoritinya dihuni oleh masyarakat suku kaum Kokos dan Bugis yang semamangnya suda diketahui umum sebagai nadi utama penggerak kepada sektor perladangan di kawasan ini.

Menurut kakak saya arwah Bapak juga pernah bekerja di Ladang Giram seawal tahun 70an tetapi tidak lama mungkin bapak lebih tertarik dengan sektor pembalakan barangkalinya.

Mungkin banyak kisah sejarah yang ada di kawasan ini bermula pada penubuhannya hinggalah sekarang yang mungkin orang seperti saya dan anak-anak jati Ladang Giram teringin sangat mengetahuinya, cuma mungkin kurangnya sumber rujukan yang boleh diperolehi.

Seperti siapa individu yang bertanggungjawab membuka dan memberi nama 'Giram' keatas ladang ini ?. Bangunan-bangunan setengah abad juga dikhabarkan masih terdapat di beberapa tempat di kawasan ini, tetapi maklumat mengenainya agak kurang diketahui umum dan harapannya ada diantara pengunjung blog ini diluar sana yang mungkin ada kisah yang menarik yang boleh kita kongsikan disini buat tatapan sejarah dimasa hadapan.

Peniaga Kuih Muih di Lok Santul di tengah Kampung Pangkalan

Peniaga Kuih Muih dekat Pasar Sayur di Kampung Pangkalan
Peniaga Kuih Muih di Pasar Malam di tepi dewan masyarakat Kunak
Peniaga Kuih Muih di perkarangan kedai papan sementara

P/S : Kalau di Kunak...jangan 'termis' datang ke gerai-gerai ini...dijamin anda pasti puas hati...!



Kedai Bharu adalah pusat perekonomian yang utama di daerah Kunak. Dulunya sebelum kewujudan pekan kecil ini, semua masyarakat di sekitarnya hanya bertumpu di kawasan persisir pantai timur pekan ini atau lebih dikenali sebagai 'Pangkalan Mostyn' bagi mendapatkan barangan keperluan harian atau untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan ke Lahad Datu atau Semporna.

Hanya pada penghujung tahun 1960-an barulah Kedai Bharu mula diwujukan apabila Kunak dinaik taraf menjadi Daerah Kecil dibawah seliaan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).

Kini suasana Kedai Bharu tidak banyak yang berubah sejak sedekad yang lalu, cuma mungkin beberapa kemudahan awam telah dipertingkatkan oleh pihak PBT, manakala yang lain tetap sama walaupun kepesatan pembangunan jiran disebelah sedang giat kedengaran.

Mungkin pihak yang bertanggungjawab harus memikirkan sesuatu untuk cuba menarik lebih banyak peluang yang ada agar Kedai Bharu tidak terus jauh ketinggalan berbanding jiran terdekatnya. 
 
SUMBER: http://semuakunak.blogspot.com
 
 
 
SUMBER: 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar